Isnin, 2 Ogos 2010

KARNIVAL PERSADA SIRI 2



Karnival Persada kembali lagi..Bertitik-tolak atas kejayaan Karnival Persada yang pertama yang telah diadakan di FELDA Wilayah Johor Bahru (4 buah FELDA - FELDA Sungai Sayong, FELDA Pasir Raja, FELDA Bukit Besar dan FELDA Bukit Ramun, Kulaijaya Johor) dengan tema "Program Anak Angkat Dan Semaian Bakti", Kini siri yang kedua telah dirancang dan negeri Johor telah terpilih sekali lagi sebagai lokasi program ini diadakan.

Dengan tema "Jom Gerak Felda"...Karnival Persada Negeri Johor Siri 2 ini akan diadakan di FELDA Air Tawar 4, Kota Tinggi, Johor.Sekali lagi gabungan mantap Sekretariat Permuafakatan Siswa/Siswi FELDA Universiti Sultan Zainal Abidin dan Sekretariat Permuafakatan Siswa/Siswi FELDA Universiti Malaysia Terengganu berkerjasama dan berganding bahu menjayakan program ini bersama.

Program ini telah melibatkan 2 buah Sekretariat PERSADA iaitu PERSADA UniSZA dan PERSADA UMT dengan kerjasama pihak SERANTA (FELDA),Majlis Belia FELDA Negeri Johor dan terutamanya FELDA itu sendiri.

Program ini akan disertai seramai 88 Mahasiswa/i PERSADA dari kedua-dua buah universiti dan akan berkampung di FELDA Air Tawar 4 selama 3 hari 2 malam bersama keluarga angkat masing-masing..Program kedua ini hampir 80% berebeza dengan siri yang pertama dimana program kali ini dilihat lebih menjurus kepada menjalinkan ikatan murni antara mahasiswa FELDA dengan masyarakat FELDA terutamanya golongan belia.

Antara pengisian yang akan dijalankan dalam program ini nanti seperti Program Anak Angkat,Program Motivasi,Sukan Rakyat dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik yang telah dirancang bersama.

Diharap prorgam seperi ini dapat dirancangkan lagi dan melibatkan FELDA di negeri-negeri lain serta melibatkan Sekretariat PERSADA yang ada di setiap IPTA/S seluruh negara.

Sabtu, 17 Julai 2010

SELAMAT DATANG

SELAMAT MENEMPUHI SEMESTER BARU KEPADA SEMUA AHLI SEKRETARIAT PERMUAFAKATAN SISWA/SISWI FELDA CAWANGAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN SESI 2010/2011

Ahad, 15 November 2009

KERATAN AKHBAR

KULAIJAYA

Jumaat 24 Julai 2009

Bersamaan 2 Syaaban 1430H


Seramai 79 mahasiswa iaitu 39 dari Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Terengganu dan 40 dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkampung selama tiga hari mulai hari ini (Jumaat) bersama keluarga angkat di Felda Sungai Sayong, Kulaijaya.

Program Semai Bakti Mahasiswa anjuran Sekretariat Permuafakatan Siswa/i FELDA (PERSADA) dengan kerjasama pihak SERANTA dan Warga Felda Wilayah Johor Bahru itu terdiri daripada mahasiswa dikalangan anak-anak Felda menjadi anak angkat kepada 26 keluarga di sini.

Program yang disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Tenggara merangkap ADUN Panti, Dato’ Haji Baderi Haji Dasuki itu bertujuan menyeimbangkan kebijaksanaan mahasiswa untuk berfikir dan mengawal emosi supaya lebih terbina sahsiah diri mereka dalam berhadapan dengan era globalisasi.

Penganjuran program ini juga merupakan antara usaha dan inisiatif PERSADA dalam membentuk minda kelas pertama dalam kalangan masyarakat kampung sebagai salah satu tanggungjawab sosial mahasiswa.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah Program Motivasi Aspirasi Ke Menara Gading bersama pelajar 4 buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Sayong, Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Besar, Sekolah Kebangsaan Felda Pasir Raja dan Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Ramun. Antara program yang dirancang dalam karnival ini juga seperti Program Bakti Siswa, Lawatan Ke Makmal FASSB Bukit Besar, PDK Bukit Besar, Projek Ternakan Lembu, Projek Ternakan Ikan Keli, Kenduri Kahwin dan aktiviti - aktiviti sampingan yang lain

Hadir sama ADUN Kawasan Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Seranta Felda, Mandzri Nasib dan Pengurus Felda Sungai Sayong, Zainudin Abu Bakar.Antara lain ADUN Panti dalam ucapannya berkata, program yang dijayakan itu sangat bertepatan ke arah mempercepatkan pelaksanaan gagasan 1Malaysia.

"Melalui program sebegini, para penuntut dapat mendekatkan diri dengan kehidupan masyarakat luar seterusnya dapat menerapkan nilai moral yang tinggi untuk melahirkan graduan yang cemerlang dalam akademik dan penyelidikan.

Aspek utama 1Malaysia ialah menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua lapisan rakyat Malaysia kerana teras perpaduan didokong oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia”.