Isnin, 2 Ogos 2010

KARNIVAL PERSADA SIRI 2



Karnival Persada kembali lagi..Bertitik-tolak atas kejayaan Karnival Persada yang pertama yang telah diadakan di FELDA Wilayah Johor Bahru (4 buah FELDA - FELDA Sungai Sayong, FELDA Pasir Raja, FELDA Bukit Besar dan FELDA Bukit Ramun, Kulaijaya Johor) dengan tema "Program Anak Angkat Dan Semaian Bakti", Kini siri yang kedua telah dirancang dan negeri Johor telah terpilih sekali lagi sebagai lokasi program ini diadakan.

Dengan tema "Jom Gerak Felda"...Karnival Persada Negeri Johor Siri 2 ini akan diadakan di FELDA Air Tawar 4, Kota Tinggi, Johor.Sekali lagi gabungan mantap Sekretariat Permuafakatan Siswa/Siswi FELDA Universiti Sultan Zainal Abidin dan Sekretariat Permuafakatan Siswa/Siswi FELDA Universiti Malaysia Terengganu berkerjasama dan berganding bahu menjayakan program ini bersama.

Program ini telah melibatkan 2 buah Sekretariat PERSADA iaitu PERSADA UniSZA dan PERSADA UMT dengan kerjasama pihak SERANTA (FELDA),Majlis Belia FELDA Negeri Johor dan terutamanya FELDA itu sendiri.

Program ini akan disertai seramai 88 Mahasiswa/i PERSADA dari kedua-dua buah universiti dan akan berkampung di FELDA Air Tawar 4 selama 3 hari 2 malam bersama keluarga angkat masing-masing..Program kedua ini hampir 80% berebeza dengan siri yang pertama dimana program kali ini dilihat lebih menjurus kepada menjalinkan ikatan murni antara mahasiswa FELDA dengan masyarakat FELDA terutamanya golongan belia.

Antara pengisian yang akan dijalankan dalam program ini nanti seperti Program Anak Angkat,Program Motivasi,Sukan Rakyat dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik yang telah dirancang bersama.

Diharap prorgam seperi ini dapat dirancangkan lagi dan melibatkan FELDA di negeri-negeri lain serta melibatkan Sekretariat PERSADA yang ada di setiap IPTA/S seluruh negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan